Pengenalan LeIKA

Legasi Integriti Khazanah Alam merupakan inisiatif untuk mendidik masyarakat mengenai nilai integriti, tanggungjawab alam sekitar dan kelestarian lokaliti pelancongan.

Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA)

Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) merupakan satu mekanisme untuk mendidik masyarakat terutamanya pelancong dan komuniti terhadap tanggungjawab menjaga alam dan juga lokaliti pelancongan setempat.

Ianya dilihat selari dengan naratif “responsible tourist” yang ingin dibawa dalam industri pelancongan di Malaysia. Antara pengisian program adalah dengan meletakkan papan tanda mesej integriti di lokasi-lokasi strategik tumpuan pelancong.

Pengenalan Integriti

Integriti merujuk kepada kualiti atau keadaan mempunyai prinsip moral yang kuat dan mematuhi standard etika yang tinggi. Ianya terangkum dalam lima (5) nilai teras:

Kejujuran

Bersikap jujur dan tidak menipu dalam tindakan dan kata-kata.

Ketulusan

Melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan peribadi.

Konsistensi

Bertindak selari dengan nilai dan prinsip yang dipegang walaupun dalam waktu sukar.

Amanah

Boleh dipercayai dan penuh kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas.

Keadilan

Bertindak adil tanpa prejudis, berat sebelah, dan menghormati hak semua pihak.

Integriti adalah asas kepada kepercayaan dan kredibiliti dalam hubungan peribadi, profesional, dan kelestarian masyarakat.

Objektif & Outcome

Objektif Utama

  • Meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
  • Pembudayaan integriti melalui penghargaan terhadap khazanah alam dan kepelbagaian biodiversiti.
  • Berperanan sebagai platform pendidikan berterusan mengenai tanggungjawab memelihara alam.

Impak & Outcome

  • Meningkatkan pemahaman isu integriti alam sekitar kepada segenap lapisan masyarakat dan generasi.
  • Mewujudkan profil komuniti yang lebih beretika, prihatin dan bertanggungjawab.
  • Menyokong secara langsung pencapaian matlamat global SDG 13, SDG 14, dan SDG 15.