Program LeIKA - Taman Eko Rimba Sg. Tekala, Selangor
Taman Eko Rimba Sungai Tekala di Semenyih, Selangor, bermula sebagai Hutan Lipur di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang. Pada penghujung tahun 2016, Jabatan Perhutanan menukar namanya kepada Taman Eko Rimba bagi memelihara alam dan imej positif. Nama "Tekala" asal dari sejenis pokok tempatan.