Program LeIKA - Taman Botani, Putrajaya
Taman Botani di Presint 1 mula dibuka kepada orang ramai pada 31 Ogos 2001 dan dirasmikan secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Februari 2003. Dikenali sebagai "Mother of All Gardens", ia berkeluasan 230 ekar (93 hektar) dan menjadi komponen penting dalam konsep Bandar Dalam Taman.