Program LeIKA - Taman Eko Rimba Sg. Teroi, Kedah
Taman Eko Rimba Sungai Teroi ditubuhkan pada tahun 1976 di atas kawasan tanah tinggi Gunung Jerai, Kedah. Terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai, ia kaya dengan sejarah geologi purba, khazanah botani unik seperti pokok kelat bersisik, serta menjadi mercu tanda ekopelancongan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.