Program LeIKA - Taman Eko Bukit Ayer, Perlis
Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Perlis diwartakan sebagai Hutan Lipur Bukit Ayer pada 26 Ogos 1998 sebelum dijenamakan semula. Terletak kira-kira 12 kilometer dari Kangar dalam Hutan Simpan Bukit Bintang, kawasan geologi purba ini dianggarkan berusia 485 juta tahun dan terkenal sebagai pusat rekreasi serta geotapak travertine.