Program LeIKA - Taman Eko Bukit Kubu, Perlis
Taman Eko Rimba Bukit Kubu (dahulunya dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Kubu) di Kuala Perlis, Perlis, mula dibangunkan pada tahun 1992. Ia merangkumi kawasan seluas kira-kira 183.70 hektar dari Bukit Papan hingga ke Bukit Kubu, di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.