Program LeIKA - Taman Negeri Perlis Wang Kelian
Taman Negeri Perlis di kawasan Wang Kelian diwartakan pada tahun 1997 dan merangkumi Banjaran Nakawan, iaitu permatang batu kapur bersambung yang terpanjang di Malaysia. Kawasan ini kaya dengan sejarah asal-usul penempatan, kegiatan perlombongan masa lampau, serta kepentingan pemuliharaan ekosistem unik bersempadan dengan Thailand.