Kembali ke Senarai Program
Program LeIKA - Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Johor

Program LeIKA - Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Johor

Taman Eko Rimba Gunung Belumut terletak di Kluang, Johor, dan merangkumi kawasan Hutan Simpan Kluang dengan ketinggian gunung mencapai 1,010 meter dari paras laut. Nama gunung ini asal dari keadaan batu-batunya yang licin dan dipenuhi lumut. Ia diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor sebagai kawasan hutan lipur dan rekreasi alam semula jadi.